Jenis-jenis Kuih tradisional
1-Kuih Lepat (Lapat)beras pulut daun palas
2-Kuih Penjaram (Menak);
3-kuah kacang.
Kuih ini diketegorikan sebagai kuih tradisional masyarakat Bajau Sama. Biasanya disediakan pada majlis tertentu seperti Kenduri kesyukuran atau pada musim Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Kedua-dua jenis kuih ini adalah saling berkait rapat antara satu dengan yang lain.
Kuih Lepat daun Palas( lapat- panggilan bagi kaum bajau sama) diperbuat daripada beras pulut, cara penyediannya hampir sama dengan kuih ketupat, tetapi berbeza dari segi teknik balutan dimana kuih lepat ini dibalut dengan cara gulungan berbalas, kuih ketupat pula dianyam berbentuk segi empat bersudut dua tajam dan dua sudut berbuka ( Berbentuk wajik ).
Selain itu, perbezaan dari segi rasa dan bau juga dapat dibezakan, ini disebabkan oleh daun palas yang dijadikan bahan pembalut kuih lepat ini mengeluar sedikit aroma wangi, berbanding dengan daun pucuk kelapa.
Kuih Penjaram ( Menak-panggilan bagi kaum bajau sama ) diperbuat daripada tepung beras bersama perasa gula Melaka( Kawasan Daerah Tuaran), ada juga ditambah dengan perisa pandan wangi ( kawasan Daerah Kota Belud), atau ditambah dengan gula tebu yang sudah dipanaskan menjadi warna coklat. Semua ini mempunyai rasa yang berbeza-beza bergantung pada citarasa yang dikendaki oleh pembuat kuih ini.
Cara membuatnya; Tepung Beras diadun dengan gula Melaka (perasa yang dikehendaki )tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, diperam dan dibiarkan bebarapa jam. Seterusnya, proses memasak dengan cara mengoreng pada minyak yang sudah dipanaskan. Untuk memastikan bentuk yang diperoleh adalah sekata pada setiap
Begitu pun, tidak dinafikan beberapa tempat di kawasan pantai barat negeri sabah amnya, iaitu Papar, Bengawan, Membakut dan Beaufort ada menghasilkan kuih ini yang dipanggil Ardam tetapi bentuk yang berlainan iaitu berbentuk kuih cincin.
Catatan -Kuih cincin- Diperbuat daripada Tepung beras dan gula Melaka,
Saturday, March 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sa suka kuih penjaram....sedap..=D
ReplyDeleteTahniah , infonya
ReplyDelete